Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bila terlalu marahkan mahadhir menunjukkan UMNO sudah terjejas dan luntur

Tindakan Tun M sekongkol tidak boleh diterima
Exco Pemuda Umno, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz
Tengku Zuhri.

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat tidak boleh diterima ahli parti.

Exco Pemuda Umno, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz berkata, tindakan Dr Mahathir bersama bekas pemimpin-pemimpin Umno itu bukan sahaja satu pengkhianatan malah penderhakaan kepada perjuangan parti yang pernah mereka dokong selama ini.

Beliau berkata, ahli Umno tidak pernah menidakkan jasa Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahan tetapi beliau gagal menjaga amanah orang Melayu apabila menyebelahi pembangkang terutama DAP untuk meruntuhkan Umno.

"Ahli Umno hormati beliau (Dr Mahathir) dan jasanya selama ini tetapi idak boleh terima apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP untuk mensabotaj Umno, walau apa pun alasannya matlamat tidak menghalalkan cara,” katanya.

Tengku Zuhri yang juga Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai berkata, Umno perlu bertindak untuk menyerang kembali Dr Mahathir dan parti lawan dengan menjadikan perhimpunan tahunan parti sebagai medan yang paling sesuai.

"Tun Mahathir tidak perlu melatah kerana beliau sendiri yang memulakan tradisi ini apabila menjadikan Perhimpunan Agung Umno untuk membelasah lawannya seperti yang dilakukan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain," katanya.

Beliau berpendapat, bahawa dalam perjuangan mahupun sebarang tindakan diambil hendaklah berpaksikan kepada prinsip, nilai, maruah serta harga diri dan bukan mengikut nafsu dan emosi seperti mana dilakukan Mahathir hari ini.

Pada masa yang sama katanya, apa yang cuba dilakukan oleh presiden Umno pada waktu ini ialah memberikan perhatian serius menguruskan ekonomi negara yang tidak menentu ekoran keadaan semasa ekonomi dunia selain menguruskan kenaikan kos sara hidup yang membebani rakyat.

“Semua perkara ini memerlukan sokongan padu daripada rakyat khususnya anggota parti dan kita wajib menyokong penuh apa yang dilakukannya supaya setiap langkah yang diambil mencapai matlamat,” katanya.

KENYATAAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENCEKIK DIRI

KERAJAAN LEBIH BAIK KURANGKAN BERCAKAP, APA YANG  BERLAKU KINI IALAH RAKYAT SEMAKIN SUSAH DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN YANG ADA, MENGAPA BUAT KENYATAN BODOH ! - Pak Karamu


Pembangkang tak mampu selesai isu kos sara hidup
Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman

KUALA LUMPUR - Pembangkang tidak akan mampu menyelesaikan isu kos sara hidup yang membelenggu kehidupan seharian masyarakat masa kini.


Sebaliknya kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, hanya kerajaan BN yang mampu berusaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.


"Kos sara hidup banyak berkait dengan perkara atau dasar yang diluar kawalan kita. Contohnya bila harga minyak turun, itu bukan keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) untuk menurunkan harga minyak. Bila kita hilang RM30 bilion pendapatan negara, kita akan terpaksa mengikat perut.


"Ini sekaligus menambah beban kenaikan kos sara hidup rakyat. Isu kos sara hidup bukan sahaja terkesan di Malaysia, malah seluruh dunia termasuk Singapura, Thailand dan banyak negara lain lagi turut merasai kesannya," katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini, hari ini.


Menurutnya lagi, pembangkang tidak mempunyai dasar yang betul-betul mampu untuk menangani kos sara hidup.


"Selain retorik, kita tahu memang dasar yang mereka bentangkan tidak akan mampu selesaikan masalah.


"Kalau mereka katakan nak turunkan harga barang,bagaimana caranya? Di mana duit hendak di cari? Kita kena ingat kita sekarang berada dalam bajet defisit di mana kita tidak mempunyai cukup wang untuk membiayai pembangunan negara.Maka sebab itulah kita berhutang untuk membangunkan negara," jelasnya lagi.

WOIT ??? APA DAH JADI NGAN UMNO ????


Friday, 2 December 2016

Malaysia Hari Ini di PWTC

"Jamuan makan malam UMNO hambar. Meja bnyk kosong. Perwakilan yg dtg lepas makan tak sampai 10 minit blah balik. Najib fed up bengang.

Bnyk yg tak dtg mkn. Pasal tau duit haram. Ramai perwakilan bengang dan marah ucapan najib, zahid n sayap2 semua mengundag perpecahan, menyerang sesama melayu.

Ahli Umno sendiri sudah mula menghukum Najib dan Umno. Allah Swt sedang tunjukan...
Najib sekali ni berucap pun pegang sapu tangan asyik lap air liur bersembur dan selekeh.


Dalam criminology tu bukti najib nervous dan ketakutan dan guilty conscious. Tu bukti orang bersalah.

Jiwa tak tenteram makan duit haram, duit keringat rakyat. Semua otu Allah Swt sedang tunjukan".

Dari Hussain Abd Hamid








LAGI KENYATAAN YANG MENUNJUKKAN UMNO SEMAKIN PUDAR

Tunjukkan saja 'taring', kami tak ada masalah
Sohaimi Shahadan
Sohaimi Shahadan

KUALA LUMPUR - "Ahli Umno yang atas pagar atau tidak setia boleh tunjukkan taring, kami tak ada masalah," demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Jelasnya Sohaimi, pihaknya tidak akan menghalang mana-mana individu untuk keluar daripada Umno dan menyertai parti lain.

"Saya yakin ahli Umno setia. Yang mana ada masalah, tunjukkanlah belang, kami tidak ada masalah. Pergilah kepada parti yang mereka mahu.


"Kalau nak berperang pun, biarlah kita berperang depan-depan. Bukannya dengan cara menjadi musuh dalam selimut," katanya ketika ditemui Sinar Online di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan pembangkang yang mendakwa 20 peratus ahli Umno akan meninggalkan parti menjelang PRU akan datang, Sohaimi berkata, ia hanyalah provokasi kosong pembangkang.

Beliau malah menggesa pembangkang membuktikan dakwaan tersebut. "Sebelum kata apa-apa, mereka patutnya buktikan terlebih dahulu, " ujarnya lagi.

Semalam, Ketua Pemuda Parti Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris mendakwa ramai lagi pimpinan Umno Kedah akan meninggalkan parti itu menjelang PRU akan datang.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini ramai bekas pimpinan Umno dari pelbagai peringkat dan sayap telah menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) di Kedah, kejutan ini mampu menggoncang kedudukan Umno tidak lama lagi.

Pengajaran kepada isu agama

Ribuan Muslim berkumpul di Jakarta bantah Gabenor
Ribuan Muslim berkumpul di Jakarta bantah Gabenor

JAKARTA - INDONESIA . Ribuan umat Islam berkumpul di pusat ibu negara Jakarta membantah Gabenor Jakarta yang dituduh menghina Al Quran.

Lautan penunjuk perasaan berpakaian putih berkumpul di sekitar Tugu Negara melaungkan, berdoa dan membawa sepanduk menutut Basuki Tjahaja Purnama dipenjarakan.

Memetik Reuters, pegawai polis menganggarkan sekurang-kurangnya 150,000 orang penunjuk perasaan turut serta termasuk penduduk dari bandar-bandar seluruh pulau Jawa.

Beberapa laporan menunjukkan bilangan penunjuk perasaan lebih daripada 200,000 orang.

Agensi berita nasional Antara berkata, seramai 22,000 anggota polis akan dikerah untuk mengelak berulangnya keganasan yang tercetus semasa protes bulan lalu apabila lebih 100 orang cedera dalam pertempuran dengan polis.

Gabenor Jakarta Purnama, seorang etnik Cina dikenali sebagai Ahok bertanding untuk pemilihan semula pada bulan Februari berdepan dua calon Muslim.

Pertandingan merebut jawatan gabenor semakin tegang dan spekulasi bertiup kencang ia adalah plot untuk melemahkan Presiden Joko Widodo dan membantutkan peluangnya untuk memenangi penggal kedua pada 2019.

Sementara itu, jurucakap polis, Rikwanto berkata, 10 orang telah ditahan sebelum Subuh, di bawah artikel kanun jenayah yang meliputi konspirasi dan tindakan perkhianatan.

Dia daripada mereka telah didakwa di bawah undang-undang teknologi maklumat.

"Mereka kini telah ditahan dan sedang disiasat," kata Rikwanto.

Purnama disiasat atas komen yang dibuat mengenai al-Quran dalam berkempen.
Beliau menafikan salah laku tetapi telah memohon maaf atas kenyataan tersebut.

KENYATAAN YANG MENUNJUKKAN UMNO SEMAKIN LEMAS DAN LEMAH DI PAU

BANYAK KENYATAAN PERWAKILAN DI PAU MENUNJUKKAN UMNO SEMAKIN HARI SEMAKIN LEMAH, BOLEH DIKATAKAN KENYATAAN PERWAKILAN TIDAK MENUNJUKKAN SEMANGAT PARTI ITU DI TAHAP YANG BAIK, APA SEBENARNYA YANG BERLAKU TERHADAP PARTI TERSEBUT ? - Pak Karamu
 
 
 
Dulu Pagoh dapat banyak kelebihan, tapi kini...
Rohaizah Ahmad
Rohaizah.

KUALA LUMPUR - Puteri Umno Pagoh mengakui perlu bekerja keras menggerakkan jentera parti selepas ketiadaan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketuanya, Rohaizah Ahmad berkata, tidak dinafikan kawasan itu menerima banyak kelebihan ketika Muhyiddin masih bersama Umno.

“Lebih-lebih lagi bekas Naib Ketua Bahagian Pagoh (Datuk Dr Shahruddin Md Salleh) pun sertai Bersatu. Jadi kami kena dua kali ganda kerja kuat.

“Tetapi kami akan gunakan segala pengalaman yang ada sebelum ini. Puteri sudah bersiap sedia dan kita akan terus gerakkan jentera yang menyasarkan pengundi muda,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, hari ini.

Menurut beliau, rakyat Pagoh masih memilih Umno walaupun terdapat segelintir yang beralih ke Parti Bersatu diterajui Muhyiddin.

“Memang Bersatu ada 'kacau daun' sikit sebab presidennya dari Pagoh. Tetapi kita tak pandang mudah perkara itu.

“Walaupun Tan Sri Muhyiddin tiada lagi, keakraban sesama ahli Umno masih kuat. Penduduk di Pagoh pun faham dengan situasi ini dan kebanyakannya kecewa apabila Muhyiddin duduk sepentas dengan pembangkang,” katanya.

KENYATAAN NAIB PRESIDEN INI MENUJUKKAN PARTI KOMPONEN SUDAH DIRAGUI KESETIAANNYA ?

Anggota komponen mesti setia ada DNA BN
Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan bersama perwakilan biro pelajar luar negara semasa Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Anggota parti komponen mesti mempunyai 'DNA' BN bagi memastikan kesetiaan untuk menyokong calon perikatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Semestinya, apa yang penting adalah parti komponen kita perlu menggamit semula DNA parti mengikut keahlian parti masing-masing, bukannya mereka menjadi DNA parti tetapi menyokong calon parti pembangkang," katanya.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno berkata, demikian dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini yang turut dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri  Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Umno dan setiap parti komponen BN perlu melipatgandakan usaha dalam memasang strategi mempersiap jentera masing-masing menghadapi PRU14.

"Saya telah seru dan bangkitkan perkara ini ketika merasmikan persidangan sayap sebelum ini. Kita mahukan Umno dan komponen bekerja sekuatnya. Bukan bekerja hanya untuk Umno atau kawasan yang ditandingi tetapi untuk semua. Saya harap akan ada perubahan drastik selepas ini," katanya.   

Sementara itu, Hishammuddin berkata, parti komponen tidak mempunyai pilihan untuk memastikan calon yang ditampilkan menang kecuali perlu menyelaras gerak kerja bersama untuk mendepani pilihan raya umum.

"Kita sudah lakukan ini sejak dahulu lagi dan memang tidak ada pilihan jika mahu melihat calon BN menang dalam PRU.

"Di kawasan saya sendiri (Parlimen Sembrong), MCA dan MIC sentiasa bekerjasama dan bersatu padu dengan UMNO untuk terus mencari pendekatan dan kaedah sesuai bagi memenangi pilihan raya," katanya. - Bernama



KENYATAAN INI MENUNJUKKAN BERSATU HEBAT, WALAUPUN DIA BERKATA "NAMUN BEGITU !

 
 UMNO SEMAKIN TERHAKIS ! - Pak Karamu
 
 
Jangan pandang rendah kepada Bersatu
Ketua Pemuda Umno Tebrau, Syahrin Jamaluddin
Ketua Pemuda Umno Tebrau, Syahrin Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Para perwakilan dan ahli Umno dinasihatkan agar tidak memandang rendah dengan kewujudan serta keupayaan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Jamaluddin berkata, namun begitu, dalam masa yang sama, Umno diyakini dapat menyaingi Bersatu dan menarik lebih ramai penyokong parti Melayu tersebut.

"Sebagai contoh, di kawasan saya (Tebrau) sendiri, hanya segelintir yang terlibat dan itu pun disebabkan mereka tidak mendapat maklumat tepat serta terpengaruh dengan fitnah-fitnah dilemparkan kepada Umno," katanya kepada Sinar Harian di Persidangan Agung Umno, semalam.

Selain daripada itu, Syahrin memaklumkan bahawa pihaknya menjangkakan tidak sampai 10 peratus ahli Umno yang terlibat dengan Bersatu di kawasan Tebrau.

Ujar beliau, pimpinan perlu lebih bimbangkan pengaruh pengundi atas pagar berbanding ahli di dalam parti sendiri.

"Saya ingat Bersatu bukan cabaran besar dan kita mampu bersaing dengan mereka," katanya.
Menyentuh mengenai ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau memaklumkan bahawa amanat yang disampaikan oleh pemimpin nombor satu tersebut adalah amat lengkap dan memberi penjelasan kepada ahli-ahli parti.

Disamping itu, Syahrin memaklumkan bahawa penyampaian ucapan dasar berkenaan juga sekali gus menolak fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada parti.

"Saya berharap apa yang disampikan oleh Presiden sudah cukup dijadikan bekalan dan hujah untuk dibawa balik sebagai bahan gerak kerja di kawasan masing-masing.

ORANG SABAH UNTUNG ADA UMNO, JIKA TIDAK KERANA UMNO ORANG SABAH MEREMPAT ?

Umno bawa 'rahmat', kata wakil Sabah
Umno bawa 'rahmat', kata wakil Sabah
Warna warni di hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2016.

KUALA  LUMPUR - Kedatangan Umno ke Sabah terbukti membawa rahmat kepada rakyat negeri itu, kata wakil Umno Sabah Bahagian Kimanis, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.


Ini kerana menurut Mohd Ariffin, sepanjang 25 tahun Umno menapak di negeri itu ia telah terbukti berjaya membawa pelbagai pembangunan kepada rakyat di negeri di bawah bayu itu.


"Umno ke Sabah bukan untuk menjajah, Umno datang Sabah untuk membawa pembangunan yang kini setelah 25 tahun ia terbukti berjaya membawa pembangunan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.


Oleh itu, ujarnya beliau menggesa rakyat negeri itu, agar menolak pandangan supaya Sabah ditukar pentadbiran kerana Umno sudah menggalas tanggungjawab dengan baik.

"Jangan tukar pentadbiran," tegasnya.


Katanya, Sabah berjaya berada di tahap kini kerana hubungan baik antara negeri dan kerajaan pusat.


"Di Pusat abang, di Sabah sebagai adik bongsu kepada anda semua. Alhamdulillah negeri dan pusat amat baik, Sabah tak riuh kita guna jalan rundingan," katanya lagi.


Perhimpunan Agung Umno masuk hari kedua hari ini menyambung semula perbahasan usul ucapan dasar presiden.


Seramai sembilan jurucakap lagi dijangka berucap membahaskan usul berkenaan sebelum disusuli wakil yang membawa usul ekonomi.


Perhimpunan agung kali ini menghimpunkan sebanyak 2,643 perwakilan dari 191 bahagian.

OOOOOOO, DULU MUHYIDDIN KUTUK KAU-KAU GUAN ENG, LA NI DIA BELAI PULAK ?

'Menangis Guan Eng kalau tahu 'rahsia' Muhyiddin'
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Umno Pulau Pinang membidas sikap bekas Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini dilihat sanggup menggadai prinsipnya demi kepentingan politik peribadi.

Menurut Ketua Umno Bahagian Bagan, Datuk Ir Dr Shaikh Hussein Mydin, 'Muhyiddin yang dahulu bukanlah yang sekarang' kerana peribadinya kini sangat berbeza.

"Waktu Muhyiddin jumpa kami dalam bilik untuk bincang mengenai pilihan raya (dulu), punyalah beliau rasis.

"Menangis Guan Eng kalau tahu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencabar Muhyiddin untuk mengulangi pendiriannya kini mengenai kata-katanya dahulu.

"Muhyiddin saya nak tanya adakah anda kini 'Malay first, atau Malaysia first'... hari ini dia siapa?

"Jawab balik," katanya. Sementara itu,katanya Umno Pulau Pinang akan terus memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, walaupun berhadapan cabaran di negeri itu, yang kini diperintah oleh pembangkang.
 
"Kita sanggup ke lokap kerana Melayu Islam," katanya lagi.

DI P.PINANG SUDAH BERMULA ORANG SAKIT MENTAL

KM simpati kes tembakan rambang
KM simpati kes tembakan rambang
Guan Eng diiringi Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr M Sukumar melawat mangsa di HPP tadi.

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng melahirkan rasa simpatinya terhadap mangsa yang terlibat dalam kejadian tembakan rambang di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Tun Dr Lim Chong Eu semalam.

Beliau yang ditemui media selepas melawat mangsa tembakan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi tadi.

Guan Eng berkata, kehadirannya itu bagi menyatakan simpati dan sokongan kepada mangsa.
"Saya amat bersimpati dengan mangsa dan sebentar tadi, saya ada berbual dengan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang berhubung kejadian ini.


"Kejadian ini amat serius kerana mengorbankan nyawa selain mencederakan orang awam. Saya harap mangsa yang cedera cepat sembuh," katanya.

Guan Eng turut meminta agar suspek yang sudah ditahan disiasat dengan terperinci selain dikenakan undang-undang yang setimpal.

Dalam kejadian malam tadi, seorang pengusaha sebuah pusat hiburan bergelar Datuk dan dua orang awam mati ditembak seorang pengawal peribadi di susur masuk Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Suspek yang sudah ditahan adalah pengawal peribadi (bodyguard) yang dipercayai mempunyai penyakit mental.

KERANA MARAHKAN SESEORANG, RELA JADI PENGKHIANAR MELAYU ?

Mahathir, Muhyiddin pengkhianat Umno
Mahathir, Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan sokongan kepada parti pembangkang dianggap sebagai pengkhianat kepada parti.

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, krisis perpecahan bangsa dan kaum di negara berlaku disebabkan oleh dua bekas pimpinan Umno tersebut yang menyatakan sokongan untuk bersama DAP.

"Setelah mereka menghuru-harakan negara, mereka kini kononnya bersatu dan duduk bersama parti rasis (DAP).

"Saya setuju dgn kenyataan presiden yang mengatakan bahawa dua bekas pemimpin Umno inilah punca perpecahan kaum di negara ini," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2016, semalam.

Mohd Rafi berkata, Mahathir dan Muhyiddin sanggup turun ke jalanan yang dilihat bertentangan dengan tuntutan agama dan perundangan negara ini.

Katanya, masa depan Melayu akan tergugat sekiranya perkara ini berterusan dan tidak ditangani dengan segera.

"Perlembagaan negara kini dipertikai dan diperkosa serta turut menjadi  bahan permainan.
"Dua individu ini(Tun Mahathir dan Muhyiddin) layak kita panggil pengkhianat kepada bangsa Melayu," katanya.

Jesteru itu, Mohd Rafii memaklumkan bahawa Umno Wilayah Persekutuan mencadangkan supaya kepimpinan di peringkat cawangan Umno perlu diperkasakan bagi memastikan parti terus subur.

Selain itu, beliau berkata, semua pemimpin dan ahli parti perlu kembali  berpegang kepada cogan kata bersatu- padu dalam di semua peringkat.

"Hentikan perpecahan, perbalahan dan tinggalkan kepentingan peribadi jika sayangkan bangsa serta parti keramat ini," katanya.

KALO TAK BETUL SAMAN JE, KALO BETUL TENTU TAK SAMAN

AJK PAS Pusat Nafi Terlibat Perbualan Tidak Senonoh Di FB Mesengger - Gambar2 Tersebar Itu Fake Kata Mokhtar Senik.

Gambar fake.
Tiada kaitan dengan dirinya.
Satu lagi fitnah untuk menjatuhkan dia.

Ini susulan beberapa gambar screenshot yang dikatakan perbualan antara Ustaz Mokthar Senik bersama seorang janda anak satu tersebar di laman sosial.

Gambar-gambar itu mula dimuatnaik pada semalam dan tersebar secara meluas sejak itu.

Beberapa penyokong-penyokong Ustaz Mokhtar Senik bertanyakan kesahihan tentang penyebaran itu namun dinafikan oleh UMS sendiri.

Antara respon UMS ;
 
Walaupun telah dinafikan, penyebaran gambar-gambar berkenaan tidak terhenti disitu bahkan bertambah mengelirukan netizens yang mengikuti pendedahan tersebut.

Ini kerana Ustaz Mokhtar Senik secara tiba-tibanya menukar nama di profile FBnya.

Dan, serentak dengan itu, individu yang menyebarkan gambar2 perbualan tidak senonoh antara Ustaz (kononnya) bersama janda anak satu turut menyebarkan perbualan2 UMS dengan nama yang baru ditukar.

Lalu menimbulkan persoalan di kalangan netizens.


Pengkomen-pengkomen di wall Alexander Pittsuwan Thomprason II turut menyeru agar tindakan saman dibuat terhadap individu tersebut jika pendedahan itu adalah merupakan satu fitnah buat UMS.


Pihak kami juga dimaklumkan selepas ini pendedahan lebih extreme akan dilakukan oleh individu tersebut mengenai Ustaz Mokhtar Senik.

Mungkin ada benarnya jika UMS saman sahaja individu tersebut kerana mencemarkan kredibliti UMS. Berdasarkan tinjauan rambang, didapati netizens mempercayai sebaran tersebut.

TEMBAK MENEMBAK DI P.PINANG

Tembak: 3 maut, 3 cedera termasuk jurukamera RTM
Jurukamera sambilan RTM ditembak 
 
Tempat kejadian di mana mangsa ditembak.
 
GEORGETOWN - Jurukamera sambilan RTM, Mohamad Amirul Amin Amir, 27 cedera dipercayai ditembak di susur masuk Jambatan Pulau Pinang, sebentar tadi.

Dalam kejadian terbabit, dua lelaki termasuk Mohamad Amirul dan seorang wanita cedera manakala tiga lagi meninggal dunia.

Suspek melepaskan tembakan dan terkena bahu kiri mangsa kira-kira jam 7.30 malam.

Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya.

Kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.

Mangsa dilaporkan stabil dan kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

 
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian terbabit.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.