Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dr Haron Din dilaporkan berada dalam keadaan kritikal


Haron Din kritikal akibat masalah jantung di California
Haron Din
Haron Din

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dilaporkan berada dalam keadaan kritikal berikutan masalah jantung.

Difahamkan, Haron kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Stanford San Francisco, California.

Menurut status Facebook pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, pada jam 5 pagi (waktu tempatan) pihak hospital menghubungi keluarga dan meminta mereka datang ke hospital.

"Sekarang on heart support. Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang dan  keluarga yang lain menunggu di luar.

"Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon doa kalian...jazakallah," katanya menerusi entri itu.

Menurut Ahmad Dasuki, makluman berkenaan diperolehi beliau menerusi sumber terdekat dengan keluarga Haron.

Sebelum ini, Haron pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 2 April 2012.

Pada Mac lalu, Haron juga menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.