Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KACA MATA HADI TENTANG HARUN DIN


Abdul Hadi: Allahyarham bintang yang bergemerlapan
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai  bintang bergemerlapan dalam kalangan umat masyarakat.

Katanya, pemergian Mursyidul Am Pas itu sukar dicari ganti dan ia merupakan sebuah kehilangan yang besar buat umat Islam.

“Seluruh negara hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang Tokoh Murabbi Ummah.

“Seluruh mengenalinya pasti menjadi saksi bahawa Allahyarham di sepanjang hayat telah menzahirkan istiqamahnya dalam usaha dan perjuangan agar tertegak Islam yang syumul khususnya syariah dibumi tercinta ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Haron disahkan meninggal dunia di Hospital Stanford University Amerika Syarikat pagi ini selepas dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat komplikasi jantung.

Pemergian Haron disampaikan melalui akaun Facebook rasmi milik Allahyarham, sebentar tadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mursyidul Am Pas, Haron Din meninggal dunia]

Ujar Abdul Hadi lagi, sumbangan dan komitmen tinggi menjadikan Allahyarham contoh unggul dalam perjuangan Pas yang sukar diganti.

“Saya mewakili seluruh ahli dan pimpinan Pas merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Haron di atas pemergian Allahyarham pagi tadi.

“Semoga ALLAH menempatkan roh Allahyarham bersama para Nabi, Siddiq, Syuhada dan Solihin,” katanya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.