Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAPAN TIPIS ?

Pasukan peguam bela Anwar bantah panel
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Pasukan peguam bela kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bantahan terhadap panel hakim Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar permohonan semakan atas sabitan bersalah dan penjara lima tahun yang sedang dihadapi Anwar kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan bantahan itu ketika Mahkamah Persekutuan itu mula bersidang bagi mendengar permohonan semakan itu sebentar tadi.

Panel lima hakim itu diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan turut dianggotai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Richard MalanjumTan Sri Hasan Lah; Tan Sri Abu Samah Nordin;  dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Panel tersebut merupakan panel yang sama yang membuat keputusan menolak permohonan Anwar pada 23 Mei lalu untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff bagi memberi keterangan berhubung insiden 'mata lebam' dalam prosiding semakan keputusan kes liwat itu.

Gopal berkata, korum tersebut dalam penghakimannya  menolak permohonan berkenaan atas alasan ia tidak relevan dengan prosiding semakan itu.

Selain itu hujahnya,  korum itu juga memberikan alasan tambahan bahawa Anwar telah diberikan perbicaraan yang adil di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun selepas mahkamah ditangguhkan beberapa ketika, panel itu memutuskan dua perenggan dalam penghakiman mereka pada 23 Mei lalu tidak menggambarkan berat sebelah dan mereka tidak akan menarik diri daripada mendengar semakan itu.

Prosiding semakan dikemukakan Anwar mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 diteruskan.

Aturan 137 membenarkan pihak yang kalah perbicaraan memohon Mahkamah Persekutuan membuat semakan semula terhadap keputusan sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang kukuh untuk menyokong fakta kes.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Oh...itu barisan panel hakim yang pelahap dedak..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.