Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESILAPAN PEMBANGKANG PADA PERINGKAT AWAL MUSNAHKAN KERJASAMA KEMUDIAN DI IKUTI MULUT CELUPAR DAN EGO

Pembangkang kena berdamai, kata Wan Azizah
Wan Azizah
Wan Azizah
 
BLOK pembangkang dilihat semakin kukuh apabila mendapat kerjasama daripada Bersatu yang ditubuhkan selepas memperoleh kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum ini.

Aura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerajui Bersatu dilihat mampu menarik sokongan ahli Umno untuk menyokong perjuangan pembangkang dalam usaha untuk menukar pimpinan negara ini secara demokrasi.

Namun begitu, krisis dalaman parti pembangkang dilihat tidak begitu meyakinkan apabila Pas dilihat begitu tegas dengan pendirian mereka untuk menolak mana-mana parti politik yang menjalinkan kerjasama dengan DAP.

Ikuti temu bual eksklusif wartawan Sinar Harian, Asyraf Muhammad dan jurufoto, Rosli Talib bersama Ketua Pembangkang, DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL bagi mengupas isu dan persoalan umum mengenai pakatan berkenaan.

Dengan keadaan pembangkang dilihat berpecah, apakah pandangan Datuk Seri berhubung hala tuju gerakan pembangkang?

Saya rasa jawapannya tak mudah, tapi saya percaya pada kebijaksanaan rakyat. Sebab saya rasa kebimbangan bukan sahaja rakyat, malah pemimpin-pemimpin. Dulu memang nampak solid untuk menghadapi PRU13. Pada masa itu, Anwar masih di luar dan dia menjadi satu force yang membawa mereka ke meja rundingan untuk menandingi BN. Tapi apabila mereka (kerajaan) sedar Anwar menjadi pencetus, maka mereka letakkan balik beliau dalam penjara. Tapi itu tidak bermaksud bahawa gabungan kita dan hasrat kita untuk tukar kerajaan tidak tercapai kerana Anwar juga ada berkata, sebelum ini bahawa tidak penting sekiranya dia ada atau tidak dalam pilihan raya akan datang, kerana apa yang penting adalah untuk rakyat tukar kerajaan. Kita tahu masa dulu mungkin nak tukar kerajaan tak sampai. Parti Bersatu juga pada mula-mula, mereka rasa keresahan itu, mereka berhasrat nak tukar perdana menteri.

Tapi sekarang ini, mereka tahu dan mengakui bahawa menukar perdana menteri itu tidak memadai. Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa pilihan beliau iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tepat, malah menyusahkan. Kalau Tun Mahahthir boleh datang dan bersama kita, dan kalau boleh kita tengok ramai rakyat nak tukar kerajaan maka hasrat itu boleh diterjemahkan. Dan saya rasa parti Pas yang kebanyakan di bawah ini turut bersama kita. Walaupun Pas mempunyai hirarki dan ada pimpinan Pas yang tidak bersama kita dari segi kerjasama dengan DAP, tapi kita tahu Pas dan DAP kerusi mereka tidak overlap. Kami ini yang merasakan dan kena memikirkan cara mana yang terbaik malah kami yakin boleh mengatasinya. Kita dah belajar dari Sarawak. Kita akan belajar juga daripada hasrat kita yang mendepani segala hasrat individu itu untuk negara.

Pembangkang dilihat mempunyai banyak halangan dan kekangan sesama parti mereka. 
Bagaimana keadaan yang mengelirukan ini boleh meyakinkan pengundi untuk sokong pembangkang?

Itu memang apa yang telah direka cipta oleh BN. Memang memecahkan pembangkang, malah mereka juga bukan sekadar itu sahaja kerana mereka turut menggunakan kuasa mereka seperti persempadanan semula dan ada juga pengundi awal. Ini mesti diambil kira dalam perkiraan kita untuk menang atau tidak. Ini yang cuba kita buat bagaimana untuk mengatasi persempadanan semula ini supaya tidak diguna pakai pada PRU14. Tapi yang lain seperti Pas dan DAP, seperti saya katakan tadi, kerusi mereka tidak overlap, dan yang penting adalah kita sebagai blok terbesar dan kalau kita kalahkan Umno, itu salah satu cara untuk atasi masalah ini. Apabila kita bersama-sama, kita tahu matlamat yang penting dan apabila kita belajar daripada pengalaman, kita tahu 'if we are not together we will lose the base and miss the boat'. Jadi ini saya kira bahawa semua pimpinan kita faham dalam politik.

Saya pun tidaklah lama kalau nak dibandingkan dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) atau Tok Guru Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) serta Tun Mahathir. Kalau datang pada satu tahap ini, sampai Tun Mahathir sendiri rasakan beliau terpaksa keluar dan datang ke depan bersama-sama kami, itu akan kita terima walaupun memang terasa juga kan? 17 tahun beliau (Dr Mahathir) dalam kuasa. Ini telah berlaku pada kami semua yang jadi mangsa. Tapi Tun Mahathir sendiri kata, dia silap pilih Najib dan beliau datang sendiri ke mahkamah untuk berjumpa dengan orang yang dia telah buat macam-macam. Itu adalah satu permulaan yang baik untuk kita asaskan. Memang nampak kompleks tapi 'nothing in life is easy'. Kalau saya fikir kembali, saya kadang-kadang kejahilan itu ada. Jadi saya cuba la dengar sikit-sikit tentang sirah Rasulullah. Tak mudah kerana dia Rasul, siapalah kita? Tapi perjuangan itu mestilah kita ambil berdasarkan apa berlaku sekarang ini. Kita rasa kalau sekurang-kurangnya hasrat kita ada untuk menegakkan keadilan, niat itu memang murni. Dapat tak dapat itu saya kena cuba yang terbaik.

Pas dilihat tekad dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama dengan DAP. Pada pandangan Datuk Seri, adakah perkembangan ini memberi laluan sukar buat pembangkang dalam memastikan pertembungan satu lawan satu menjelang PRU14?

Tadi saya dah kata, kerusi Pas dan DAP tidak overlap. Amanah dengan Pas kita kena runding dengan lebih terperinci. Kalau di mana Pas bertanding selama ini, DAP tidak bertanding. Tak ada overlapping. Selalunya kalau tengok persempadanan semula, populasi kaum ini memang ketara. Kalau dulu kita punya formula 90 peratus kawasan itu Melayu, memang Pas dan Umno bertanding.

Dulu penganjuran Bersih dengan kehadiran Pas meramaikan. Sekarang Pas tidak lagi aktif dan keadaan itu menyejukkan Bersih. Bersih 5 nanti tanpa kehadiran Pas menyebabkan rakyat tidak melihat solidariti di pihak pembangkang. Macam mana Datuk Seri lihat perkara ini untuk dapatkan momentum itu semula?

Memang Pas akan meramaikan dan memang wujud satu suasana bila Pas tak sertai. Namun yang lain turut serta kerana mereka juga adalah pengundi dan kami juga 'worried about the trouble'. Itu saya rasa memadai kalau tak ramai pun tapi itu cukup. Saya nak mengarah pun tak boleh lah. Walaupun saya rasa pemimpin-pemimpin Pas macam Datuk Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena) ada lagi yang sokong Bersih. Dan Pas yang saya katakan yang bukan terdiri daripada golongan high level juga nak datang tak pakai baju kuning pun, datang lah.

Kerajaan Negeri Selangor masih memerlukan Pas. Jadi sampai bila PKR membiarkan Pas terus dengan caranya. Apa usaha PKR kerana disebabkan Pas, gabungan pembangkang jadi rapuh?

Saya kira Pas realistik. Mereka dalam Kerajaan Selangor rasa kuasa dalam pentadbiran. Pas di Selangor lain sikit dari Pusat. Sebagaimana yang keluar kenyataan daripada Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad pasal Selangor yang turut ada DAP dan mereka boleh lagi duduk sekali walaupun Pas keluar kenyataan tak boleh kerjasama. Tetapi apabila datang kepada fungsi kuasa, saya kira Pas tahu dan Pas juga mahukan certain level cooperation dengan kita sebagai orang tengah. Walaupun Selangor ini unik sikit sebab ada Amanah. Saya kira boleh work up lagi.

Maknanya, Pas Selangor ini lain daripada Pas pusat?

Saya kira tak boleh la cakap macam itu secara politically. Tapi, realistically i’m sure.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.