Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

mereka tetap hadir

Muhyiddin, Shafie berubah tempat
Muhyiddin Shafie

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan perubahan kedudukan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebagai Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin berpindah ke blok pembangkang H2 dan duduk bersebelahan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR‎, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna pula berpindah ke blok pembangkang G4 dan duduk bersebelahan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dari Pas.   

Sebelum ini, Muhyiddin dan Mohd Shafie duduk di Blok E.

Kedudukan mereka berubah setelah Muhyiddin dipecat daripada Umno kerana melanggar disiplin parti sebelum beliau menyandang jawatan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mohd Shafie, yang digantung keahliannya daripada Umno, mengumumkan keluar daripada parti itu pada Julai lepas sebelum menjadi presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diambil alih dan dijenamakan semula.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata, keputusan untuk menentukan kedudukan di dalam Dewan Rakyat adalah mengikut pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 2 (3) kerusi-kerusi akan ditentukan mengikut timbangan Tuan Yang Dipertua dan keputusannya adalah muktamad," katanya. - Bernama

10 orang berkata:

Anonymous said...

Perompak dan mereka yg bersekongkol dgn perompak mesti dijauhi.

Anonymous said...

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Alhamdulillah Mudah2an dpt menggantikan kelopongan yg ditinggalkan oleh pas.

Anonymous said...

Bila dah menang banyak dan dapat perintah negeri besok, jgn ikut perangai munafik tinggalkan kawan, lupa janji dan join group lain plak.

Faham??

Anonymous said...

Ingat selalu. Martabatkan Islam dan bangsa melayu. Bangsa lain jangan ditindas dan diketepikan. Jaga hubungan baik antara kaum termasuk orang asli. Jangan diperlakukan orang asli hanya kerana wang. Untuk jadi mulia, tak perlu memakai topeng, berjubah menyapu lantai, berserban berbelit2 atau berjanggut berpintal2.

Cukuplah jika janji dikota.

Anonymous said...

Bila dah popular nanti, jaga tutur kata. Jaga tingkah laku. Jangan sesekali baruakan orang. Jangan pernah kafirkan orang. Jangan cuba murtadkan orang. Jangan sesekali nak tanam orang di jirat cina.

Hina besi kerana karat. Hina manusia bersifat keparat.

Yg berenang tak mestinya ikan. Yang wangi tsk mestinya bunga. Yang berserban tak mestinya ulamak. Yang berjubah tak mestinya tok guru.

Ingat selalu. Dulu lain sekarang lain. Hj dulu lain sekarang lain. Tuan guru dulu lain sekarang lain. Ulamak dulu lain sekarang lain.

Yg putih jangan disangka baik.
Yg merah jangan disangka mulia.
Yang biru muda jangan disangka hina.
Yg oren jangan disangka jahat.

Belajarlah dari kesilapan lalu yang sering ditipu....

Anonymous said...

Macam juga dalam whatsapp group. Boleh joint dan boleh saja left bila2 masa. Ahli politik.. apa mereka kesah...

Anonymous said...

Jangan tuduh orang perompak juga...

PROGRAM DANA GAIB said...

PERTAMA SAYA INGIN MENYAPA SEMUA PENGUNJUNG SITUS INI DENGAN KATA ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU.
SALAM SEJAHTERA SALAM SAUDARA-SAUDARA SEMUA, MAAF SEBELUMYA MAKSUD DAN TUJUAN SAYA HANYA INGIN BERCERITA SEDIKIT MENGENAI ANGKA TOGEL RITUAL
SAYA DARI CIOMAS/BOGOR BESERTA KELUARGA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA MBAH.
SAYA HANYA MENGINPORMASIKAN BUAT SEMUA PENGUNJUNG SITUS INI YANG MEMBUTUHKAN ANGKA TOGEL
2D/3D/4D/5D/6D JAMINAN 100% TOP/TEMBUS SILAHKAN KONSULTASI ATAU MEMINTA BANTUAN KEPADA MBAH WIRANG..
SAYA SUDAH KEMANA-MANA MENCARI ANGKA YANG TOP SELALU TIDAK ADA HASILNYA.. SAMPAI-SAMPAI HUTANG MALAH MENUMPUK..
TANPA SENGAJAH SAYA LAGI CARI ANGKA TOGEL TOP DI INTERNET KOK KETEMU SITUS MBAH WIRANG YAITU http://prediksinomortogelhariini.blogspot.com SAYA BACA SEMUA ISI SITUS TERSEBUT DAN SAYA LANGSUNG HUBUNGI MBAH WIRANG
SAYA COBA BELI PAKET 2D TERNYATA TEMBUS..DAN AKHIRNYA SAYA BISA MEMBELI PAKET 4D.. BAGAI DISAMBAR PETIR.TERNYATA ANGKA TOGEL RITUAL MBAH WIRANG BENAR2 TEMBUS 4D..
DEMI ALAH BARU KALI INI SAYA MENDAPAT ANGKA RITUAL YANG BENAR2 TERBUKTI TEMBUS...
BAGI ANDA YANG INGIN MERUBAH NASIB DAN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM PERMAINAN ANGKA TOGEL 2D/3D/4D/5D/6D SEPERTI SAYA SILAHKAN HUB/SMS 082 346 667 564 MBAH WIRANG.

MBAH WIRANG TIDAK MENGOBRAL JANJI MANIS...FAKTA & KENYATAAN YANG BERBICARA..MBAH HANYA MELAYANI YANG SERIUS & BERSEDIAH MEMBANTU MAHAR UNTUK BIAYA PEMBELI ALAT RITUAL/SESAJEN UNTUK RITUAL.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA YANG PUNYA SITUS INI...

Anonymous said...

Sorry bukan perompak.
Lanun je

Anonymous said...

Tapi klu group dah gila babi, eloklah left.
Bawak mudarat klu terus follow.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.