Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MURSYIDUL AM YANG BARU

Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am Pas baharu
 Hashim Jasin
Hashim Jasin

SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama  menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung Pas sebulat suara memilih dan melantik Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas.

Menurutnya, faktor yang Ahmad dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am, walaupun beliau layak untuk memegang jawatan itu disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am Pas.

"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya dipetik Harakahdaily.

Allahyarham Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.