Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUARA DARI PENJARA ?

Kerajaan gesa dasar jelas dalam proses tender
anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM – Satu dasar yang jelas diperlukan bagi menjana perubahan dalam sistem tatakelola, pembanterasan rasuah serta ketelusan dalam proses pembidaan tender-tender kerajaan.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insiden penahanan beberapa pegawai kanan Jabatan Air Sabah jelas membuktikan bahawa amalan rasuah semakin berlarutan dan terus membarah di dalam negara ini.

“Bayangkan jika pegawai-pegawai Jabatan Air Sabah ini mampu mengumpul dana RM200 juta, apakah ini merupakan petanda tatakelola dan pengurusan buruk Kerajaan Pusat?

“ Sepatutnya wang rakyat dan Jabatan Air Sabah diurus khusus untuk memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Sabah,”katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya.

Sehubungan itu, Anwar memaklumkan bahawa dasar yang jelas dapat menjamin pengurusan teratur, jaminan nasib rakyat serta undang-undang dan penguatkuasaan kemas.

“Pimpinan atau kaum yang mengapi-apikan sentimen kenegerian tidak mampu untuk mengatasi kemiskinan dan masalah rakyat,”katanya.

Dalam pada itu, susulan daripada kejayaan SPRM tersebut, Anwar menggesa badan berkenaan untuk meneruskan penyiasatan kes itu dengan segera dan tegas.

Selain itu, Anwar turut memaklumkan bahawa pihaknya masih menantikan tindakan tegas SPRM terhadap kes pencurian wang negara yang didakwa berjumlah lebih RM16 bilion khususnya selepas pemfailan kes oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

“Tanpa tindakan tegas SPRM dalam isu ini, ia bagai memberi isyarat bahawa Perdana Menteri dan kroni-kroninya kebal undang-undang, dan institusi-institusi dimanipulasi untuk tindakan yang selektif,”katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.