Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH ADA TAKUT DENGAN KECACATAN DLM KEADILAN


SPRM tiada kuasa mulakan pendakwaan
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar
Akhbar Satar

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya berperanan untuk menyiasat kes melibatkan rasuah malah badan itu juga tidak mempunyai kuasa bagi memulakan sebarang pendakwaan.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, banyak pihak tidak menyedari mengenai perkara tersebut malah dalam hal pendakwaan, hanya Jabatan Peguam yang mempunyai kuasa berkenaan.

“Ramai yang percaya bahawa SPRM terpilih dalam pendakwaan terutamanya kes yang melibatkan ahli-ahli politik namun ini adalah tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu kata Akhbar, Peguam Negara seharusnya adil dalam hal ini dan tidak hanya membuat keputusan secara selektif.

Beliau berkata, Peguam Negara perlu memainkan peranan untuk tidak terlibat dalam politik bagi mengelakkan mana-mana pihak meragui keputusan dibuat demi kepentingan negara.

“Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah negeri, atau mahkamah tentera,” katanya.

Baru-baru ini, SPRM menjumpai sejumlah wang tunai di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya.

Dalam pada itu, Akhbar memaklumkan bahawa SPRM perlu membasmi gejala rasuah secara serius bagi meningkatkan kredibiliti, sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap badan itu.

Beliau berkata, SPRM perlu melaksanakan komitmennya dalam menjalankan siasatan secara telus dan profesional tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Dengan itu, mereka (SPRM) tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan campur tangan pihak tidak berkaitan dalam siasatan memandangkan tiada sesiapa pun dapat mengatasi undang-undang,” katanya.

Selain itu, Akhbar memaklumkan bahawa hakim juga perlu memainkan peranan penting dengan mengenakan hukuman maksimum kepada tertuduh dalam usaha untuk menggelakkan kesalahan berulang di samping sebagai mesej kepada orang ramai untuk tidak terlibat dengan rasuah.

Ujarnya, tindakan agresif oleh SPRM dalam sektor awam juga perlu diperluaskan kepada kes rasuah berprofil tinggi melibatkan ahli politik.

“Kes-kes berprofil tinggi terdiri daripada Adun serta Ahli Parlimen dan SPRM perlu menyiasat mereka yang terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan,”katanya.

Tambah beliau, menerusi Survey Barometer Rasuah Malaysia 2014 menunjukkan bahawa parti-parti politik adalah merupakan pertubuhan paling korup di negara ini diikuti dengan polis serta penjawat awam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.