Tindakan Tun M sekongkol tidak boleh diterima
KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad
bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Presiden Umno,
Datuk Seri Najib Tun Razak sangat tidak boleh diterima ahli parti.
Exco Pemuda Umno, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz berkata, tindakan Dr
Mahathir bersama bekas pemimpin-pemimpin Umno itu bukan sahaja satu
pengkhianatan malah penderhakaan kepada perjuangan parti yang pernah
mereka dokong selama ini.
Beliau berkata, ahli Umno tidak pernah menidakkan jasa Mahathir
sepanjang 22 tahun pemerintahan tetapi beliau gagal menjaga amanah orang
Melayu apabila menyebelahi pembangkang terutama DAP untuk meruntuhkan
Umno.
"Ahli Umno hormati beliau (Dr Mahathir) dan jasanya selama ini tetapi
idak boleh terima apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP untuk
mensabotaj Umno, walau apa pun alasannya matlamat tidak menghalalkan
cara,” katanya.
Tengku Zuhri yang juga Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai berkata,
Umno perlu bertindak untuk menyerang kembali Dr Mahathir dan parti lawan
dengan menjadikan perhimpunan tahunan parti sebagai medan yang paling
sesuai.
"Tun Mahathir tidak perlu melatah kerana beliau sendiri yang memulakan
tradisi ini apabila menjadikan Perhimpunan Agung Umno untuk membelasah
lawannya seperti yang dilakukan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain," katanya.
Beliau berpendapat, bahawa dalam perjuangan mahupun sebarang tindakan
diambil hendaklah berpaksikan kepada prinsip, nilai, maruah serta harga
diri dan bukan mengikut nafsu dan emosi seperti mana dilakukan Mahathir
hari ini.
Pada masa yang sama katanya, apa yang cuba dilakukan oleh presiden Umno
pada waktu ini ialah memberikan perhatian serius menguruskan ekonomi
negara yang tidak menentu ekoran keadaan semasa ekonomi dunia selain
menguruskan kenaikan kos sara hidup yang membebani rakyat.
“Semua perkara ini memerlukan sokongan padu daripada rakyat khususnya
anggota parti dan kita wajib menyokong penuh apa yang dilakukannya
supaya setiap langkah yang diambil mencapai matlamat,” katanya.
1 orang berkata:
Sibengap ni x sedar lagi ker mahadir tu bukan org umno?
Terima la kenyataan.
Post a Comment