Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA YANG AKAN ADA DI BAGAN DATOK ?

Perak: Bagan Datuk diisytihar daerah baharu
Perak: Bagan Datuk diisytihar daerah baharu
Sultan Nazrin berkenan membuat pengisytiharan rasmi Daerah Bagan Datuk sebentar tadi.

BAGAN DATUK - Daerah Bagan Datuk diisytiharkan secara rasmi sebagai daerah baharu ke-12 bagi Perak, hari ini.

Pengisytiharan disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh yang turut dihadiri kira-kira 10,000 penduduk yang hadir membanjiri sekolah berkenaan, di sini bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Terdahulu, majlis dimulai dengan nyanyian lagu kebesaran Negeri Perak dan bacaan al-Quran diikuti sembah ucapan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta sembah ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan montaj dan titah pengisytiharan oleh Sultan Nazrin.

Turut berkenan berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Mahani Raja Shahar Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan jemputan lain.

Bagan Datuk sebelum ini terletak di bawah pentadbiran Daerah Hilir Perak dengan pusat pentadbiran berada di Teluk Intan.

Pewartaan sebagai daerah dibuat pada 15 Jun 2016 dengan keluasan 94,969.892 hektar.
Daerah baharu ini merangkumi empat mukim iaitu Teluk Bharu, Hutan Melintang, Rungkup dan Bagan Datuk dengan jumlah penduduk seramai 70,300 orang.

Aktiviti ekonomi penduduk di Bagan Datuk melibatkan pertanian, perikanan pelancongan, perusahaan kecil dan sederhana.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Dia yg bersekongkol dgn umno, Amanah pulak yg disalahkan klu kelantan jatuh.. IQ sifar kot?

Anonymous said...

Kelantan atau marang kalu dapat ker umno pun bole maju mcm bagan datoh. Insya Allah lepas pru 14 bila umno ambil kelantan dan marang akan maju. Tak lah statik mcm sekarang dan kerap banjir besor.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.