Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI POLITIK YANG BERSAMA DAP JUGA PERLU MENGAKU SILAP

Guan Eng akui silap percaya wakil rakyat DAP itu...
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
GEORGETOWN - "Parti tidak berubah, bahkan, tetap sama.
"Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan puak beliau yang berubah berikutan kekalahan mereka."

Ketika menyatakan perkara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata keempat-empat wakil rakyat berkenaan menumpukan serangan mereka terhadap parti dan bukannya kepada skandal rasuah serta penyalahgunaan kuasa di negeri ini selepas kekalahan mereka dalam pemilihan parti peringkat negeri pada 2015.

"Mereka bukannya berusaha untuk memenangi semula keyakinan daripada ahli DAP Melaka, sebaliknya mereka menentang DAP kerana didakwa menolak mereka, mengakibatkan keanggotaan mereka digantung setahun oleh parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain Sim, wakil rakyat lain yang mengumumkan keluar daripada DAP ialah Lim Jak Wong (Bachang), Goh Leong San (Duyong) dan Chin Choon Seong (Kesidang).

Guan Eng mengakui kesilapannya kerana percaya bahawa Sim dan para pemimpin puaknya akan terus setia kepada DAP dan kempen parti untuk menyelamatkan Malaysia di sebalik wujudnya perbezaan pendapat dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

"Saya dukacita apabila mendengar Sim berkata beliau keluar daripada parti tanpa rasa pilu sungguhpun menjadi anggota parti selama hampir 35 tahun," katanya.

Guan Eng berkata DAP boleh mengambil tindakan disiplin terhadap Sim ketika beliau bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum 2013 menentang calon DAP bagi kerusi Kota Laksamana.

"Bagaimanapun, parti ini percaya beliau telah tersalah arah dan masih setia kepada DAP serta anggotanya."

Menyifatkan peletakan jawatan keempat-empat mereka sebagai tidak dijangka, beliau berkata tidak seorang pun daripada mereka yang menyatakan kepadanya, pemangku pengerusi kebangsaan parti Tan Kok Wai atau setiausaha pengelola kebangsaan Anthony Loke, berhubung maksud perbezaan dasar itu.

"Mereka nampaknya keliru tentang apakah perbezaan dasar yang mereka kurang senang. Mereka juga kelihatan keliru berhubung rasional dalam meletak jawatan, yang seolah-olah lebih kepada tindak balas peribadi berikutan kekalahan mereka dalam pemilihan parti peringkat negeri Melaka dan diikuti dengan penggantungan keanggotaan selama setahun," katanya.

Guan Eng berkata pada Selasa, beliau akan ke Melaka untuk mengadakan mesyuarat pada 8 malam dengan anggota dan pemimpin DAP Melaka. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

agaknya lge tiao pan ni

Anonymous said...

klu gitu pan hadiah utk dap la

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.