Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZAIRIL LEMBEK UBUN-UBUN, TAK PERLU TUNJUK BODOH

Zairil sebenarnya kecewa Pas mendahului DAP
Zairil sebenarnya kecewa Pas mendahului DAP

KUALA LUMPUR - Kenyataan Penolong Setiausaha Publisiti DAP,  Zairil Khir Johari  terhadap Pas hanyalah kenyataan daripada orang-orang yang kecewa.

Kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Zairil kecewa kerana Pas telah mendahului DAP dalam arena politik tanah air.

"Kita (Pas) lebih dahulu lawan Umno berbanding DAP. Sejak pilihan raya tahun 1990-an lagi kita bertanding menentang Umno.

"Zairil kena ingat, dia tu baru lagi (dalam politik). Sedangkan Pas sudah ada sejak 1951 lagi," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beberapa hari lalu, Zairil melalui blognya, mempertikaikan kewajaran Pas untuk terus berada dalam politik negara sekiranya parti itu lebih berminat bercakap mengenai keredaan ALLAH berbanding strategi untuk menang dalam pilihan raya.


Menurut Zairil, tulisan itu adalah lebih kepada menyatakan hasratnya, persoalan sama ada Pas serius dalam politik atau sekadar ingin berdakwah.

Mengulas kenyataan Zairil, Tuan Ibrahim berkata, partinya tidak pernah mengubah dasar perjuangan dan prinsip sejak mula ditubuhkan.

Jelasnya, apa sahaja yang dilaksanakan dalam parti bertujuan untuk menyelamatkan umat manusia di dunia mahupun di akhirat.

"Saya agak Zairil tidak faham konsep mencari keredhaan ALLAH. Apa sahaja yang dilakukan dari segi ekonomi, pentadbiran mahupun politik mesti berlandaskan redha ALLAH.

"Pas ada matlamat jangka panjang dan apa sahaja yang dibuat oleh parti ini tidak boleh lari daripada landas agama," katanya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ada yg dah tua bangka tapi otak lagi bodo drp budak lembik ubun2.

Anonymous said...

Dgn budak lembik ubun2 pun dah x tentu hala

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.