Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHLI BERSATU TERLALU RAPUH

Bersatu nafi dakwaan wujud pilih kasih dalam parti
logo Bersatu

SHAH ALAM -  Parti Bersatu menafikan dakwaan salah seorang bekas pengasas parti tersebut, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengatakan wujudnya amalan pilih kasih dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian Bersatu yang menyebabkannya meninggalkan parti.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, Bersatu pelantikan dibuat secara rundingan dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam menggerakkan parti di peringkat akar umbi berlandaskan prinsip musyawarah.

Menurutnya, ini memandangkan terdapat ramai pihak yang berminat dan bersedia untuk menerajui pimpinan di peringkat bahagian parti di seluruh negara dan kata sepakat perlu dicapai sebelum pelantikan dibuat.

“Pucuk pimpinan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian dengan mengambil kira faktor sumbangan seseorang calon yang hendak dilantik, pengalaman, bakat kepimpinan dan penerimaan oleh masyarakat setempat.

“Setakat ini sebahagian besar ketua penaja bahagian parti telah dilantik dan hanya beberapa bahagian sahaja yang memerlukan rundingan lanjut dengan beberapa pihak di akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kamarul Azman yang pernah menyandang Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Bersatu mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam parti kerana kabur dengan perjuangan Bersatu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya keluar Bersatu bukan sebab nak jawatan’ ]

Shahruddin berkata, Kamarul Azman sendiri telah dilantik sebagai ketua penaja parti Bahagian Teluk Kemang setelah rundingan lanjut dibuat dengan pelbagai pihak di akar umbi.

“Pelantikan tersebut dibuat setelah pucuk pimpinan mengambil kira faktor sumbangan beliau kepada parti dan penerimaan oleh ahli-ahli parti.

“Bagaimanapun, saya bagi pihak pimpinan tertinggi parti merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan pengorbanan beliau (Kamarul Azman) selama ini serta mendoakan yang terbaik untuk beliau bagi masa hadapan,” katanya.

2 orang berkata:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Lebai2 yg balun rasuah 90juta duit haram dan sokong ketua penyamun negara lg rapuh imannya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.