RAMAI YANG TELAH MERAGUI MAHADHIR NI
CUMA RAKYAT DIAM, SEBAB ADA YANG LEBIH GANAS DARIPADANYA 2X5
JE, LA NI MUSIM KEMPEN
MASING-MASING NAK TIPU RAKYAT
-Pak Karamu-
Umno dah rosak, sogok ahli dengan duit: Tun M
SHAH ALAM - Presiden Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan
dirinya tidak akan kembali kepada Umno walaupun Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak berjaya dijatuhkan dalam PRU14 akan datang.
Jelas Mahathir, walaupun selepas matlamat itu tercapai, beliau akan terus konsisten berjuang dalam Bersatu.
"Tidak sama sekali kerana Umno sudah rosak guna wang untuk sogok ahli.
"Kalau kita bercakap dengan orang Umno untuk berhijrah daripada Umno ke
parti lain soalnya berapa ratus ribu nak beri, budaya ini sudah disemai
sehingga mereka tidak boleh buat sehingga disogok," katanya ketika
Program Hardtalk yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan
Selangor, malam tadi.
Mahathir sebelum ini pernah menegaskan perkara yang sama kerana baginya
Umno kini sudah lari daripada matlamat asal perjuangan parti yang
pernah ditunjangi selama berpuluh tahun.
Mahathir sebelum ini mengambil tindakan untuk keluar dari Umno selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib.
Beliau kemudian bersama beberapa bekas pimpinan Umno menubuhkan Bersatu
yang kemudian menjalin kerjasama politik dengan Pakatan Harapan.
2 orang berkata:
Hikayat org tepuk dulang penuh air...kena muka sendiri...tp biasala...manusia mudah lupa
Masa Dr Mahathir jd PM, PAS masih bersih dari sogokan rasuah kerana dijaga TGNA. Sejak arwah pergi, PAS hancur kerana Hadi Awang dan lebai2 munafik cinta keduniaan.
Bagi lebai2 jual agama, kuasa 90juta lebih hebat dari kuasa Al Quran dan Hadis.
Post a Comment