Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

semakin panas ! TAKBIIIIR !!!

Ahli Pas berkumpul, bantah tindakan akhbar
Ahli Pas berkumpul, bantah tindakan akhbar
Ahmad Nawfal (tengah) ketika membuat bantahan di perkarangan pejabat akhbar berbahasa mandarin di Taman Maju Jaya. 
 
JOHOR BAHRU - Hampir 100 ahli parti Pas berkumpul di hadapan pejabat akhbar berbahasa mandarin di Taman Maju Jaya, di sini sebagai melahirkan ketidakpuashatian dengan tindakan akhbar berkenaan yang mengeluarkan karikatur berbentuk penghinaan berikutan memperlekeh Rang Undang-undang (RUU) 355.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, karikatur itu menggambarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet dan seolah-olah mahu mempermainkan RUU 355.

"Karikatur tersebut jelas mahu menghina Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Maran yang membawa isu tersebut dan masyarakat Islam di negara ini. Tindakan akhbar itu juga boleh menjatuhkan integriti mereka sebagai akhbar yang telah lama bertapak di Malaysia.

"Kami ingin mengingatkan akhbar tersebut serta akhbar lain sebagai ejen maklumat supaya menyalurkan fakta yang betul dan boleh dipercayai.

"Jangan gunakan medium ini sebagai alat propaganda untuk sesetengah pihak yang mahu mewujudkan kekacauan di kalangan rakyat," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Ahmad Nawfal berkata, pada sesi bantahan itu, beliau turut menyerahkan memorandun kepada akhbar itu atas penyiaran karikatur tersebut.

"Penyerahan memorandum itu sebagai menuntut permohonan maaf daripada akhbar itu dan difahamkan mereka akan melakukan permohonan maaf tentang karikatur itu untuk keluaran cetakan hari ini (esok).

"Kami juga mahu masyarakat Cina tahu bahawa RUU 355 tidak menjejaskan orang bukan Islam," katanya.

Terdahulu, akhbar berkenaan menyiarkan kartun yang memaparkan dua ekor monyet sedang duduk di atas pokok yang dinamakan Akta 355 manakala sekumpulan monyet lain berada di bawahnya pada 8 April lepas.

Seekor monyet yang memakai songkok dan berada di atas pokok dilabel "Speaker" manakala seekor lagi yang memakai serban dilabel Presiden Pas hingga menimbulkan tidak puas hati di kalangan ahli Pas.

Difahamkan akhbar berkenaan telah membuat permohonan maaf kepada Pandikar Amin dan Abdul Hadi dan karikatur monyet itu turut telah dikeluarkan menerusi akhbar secara talian mereka.

4 orang berkata:

Lan said...

Sifir dia mudah ....kalau kita dok gambarkan orang dengan biawak , keldai , babi .... Kita memang lah rasa senang tapi orang tu akan marah . So jangan lah gambarkan orang lain macam tu . Nah bila orang kata kita balik .... Nak Takbir apa nya ... Tambah kalau kita orang agana . Nak kod sket kata2 walaun di blog ni . Kata2 kita tu mengambarkan keperibadian kita ...Wallahualam

Anonymous said...

Sikitnya ahli PAS..ingatkan berjuta2 lemon. Ramai dah berhijrah rupanya sebab tahu parti lebai beruk penipu.

Anonymous said...

Parti lebai beruk gadai agama 90juta.

Anonymous said...

Asyik2 Islam kena hina... lepas tu minta maaf.. kes setel... bila plak kita nk hina agama derang then mintak maaf.... nk tgk macam mana meroyan nye dorang plak..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.