Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU MAHADHIR ADA TELOQ SILA SAHUT CABARAN ZAHID


Isu RM230j : Ahmad Zahid sedia disiasat SPRM

0
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi 
 
BALING - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.

Timbalan perdana menteri menyatakan kerelaan hati untuk disiasat SPRM bagi membetulkan apa yang disifatkannya sebagai satu pembohongan, namun pada masa sama turut meminta harta bekas perdana menteri dan keluarganya juga disiasat suruhanjaya tersebut.

“Saya dengan ini terbuka hati dan menawarkan diri untuk disiasat oleh SPRM demi membetulkan persepsi dan pembohongan yang dilakukan oleh orang itu (Dr Mahathir). Pada masa sama saya minta aset beliau dan keluarga beliau juga disiasat SPRM. Ini bukan cabaran, cuma minta… baru namanya telus. Jangan dok tuduh orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Baling di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno bahagian itu merangkap Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Baru-baru ini Dr Mahathir membangkitkan isu pengisytiharan harta dibuat Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya. Bagaimanapun Dr Mahathir menyatakan beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.

Timbalan perdana menteri menjelaskan pada masa itu beliau merupakan ahli perniagaan dengan turut menjadi ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat tersenarai awam, pengerusi tiga syarikat tersenarai awam dan pengerusi  Bank Simpanan Nasional.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyatakan kesanggupan membuat sumpah laknat di mana-mana masjid di negara ini sekiranya ada pihak mengatakan beliau berbohong tentang mempunyai rakaman perbualan Dr Mahathir yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Dr Mahathir juga perlu sanggup membuat sumpah laknat berhubung tuduhan dilemparkan terhadap dirinya.

"Kalau sumpah laknat saya sanggup buat, beliau pun mesti juga sanggup buat (sumpah laknat)… dia (Dr Mahathir) patah balik kata saya (dakwa saya cadangkan untuk jatuhkan Najib)," katanya.

Semalam ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Jerlun, Ahmad Zahid mendedahkan bekas presiden Umno itu sebenarnya dalang disebalik usaha untuk menyingkirkan Najib dan beliau memiliki cukup bukti dalam bentuk rakaman.-Bernama

8 orang berkata:

Anonymous said...

pak karamu, nak tahu cerita pasal telor, kalau jalan mengengkang, tandanya telor beso...BURUT, kalau jalan normal tandanya ada telor, kalau jalan ngepet tandanya tak ada telor.... siapa jalan mengepet.....

Anonymous said...

Nafi saja sudah bersih?
Mcm ni senanglah kerja sprm

Anonymous said...

PAK KARAMU BAPAK BATU API

Anonymous said...

Orang bersilat berpeluh2, silap langkah sana sini tapi mahathir relak je....

Anonymous said...

Hahahaha....
Video mana video?
Jgn kelentong haa

Anonymous said...

Majoriti rakyat dah tak percaya sumpah laknat sipelacur politik. Lobai dan unta je yg masih percaya

Anonymous said...

Hahahaha budak mentah nak lawan bekas sifoo. Apa kelas der..

تسليك مجاري said...


شركة شفط بيارات بالرياض
تسليك مجاري بالرياض

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.